Assalamualaikum guys and girls!!!
Kali ni kitorang nak share makanan2 sahur yang sihat lagi berkhasiat!! Seperti yang ramai sedia maklum 47% daripada rakyat Malaysia suka skip sahur.
Okay, bulan puasa tak baik tipu. Yang tang 47% tu fakta sendiri, tapi yang tang rakyat Malaysia suka skip sahur tu betul! Dengan alasan mengantuk, takde orang orang nak kejut, tak selera, malas nak masak dan yang sama waktu dengannya.
Korang nak tau tak, sahur ni merupakan amalan sunat? So, kalau skip sahur, hilang dah satu amalan sunat kita. Mengantuk sekalipun, minumlah segelas air untuk mengambil keberkatan sahur di bulan Ramadhan yang mulia ni.
Haa... tu cerita kalau malas nak bangun sahur. Kepada yang rajin bangun sahur, tapi tak tahu nak makan apa? Haaa ni kitorang nak share antara makanan2 yang sihat yang boleh korang makan waktu sahur.
1) Kurma
Seelok eloknya, ambiklah dalam bilangan ganjil, 3 atau 5 atau 7.
2) Oatmeal
Insyaallah, dengan izin Allah, oat ni boleh membantu memberikan tenaga sepanjang hari.
3) Buah-buahan
Buah-buahan mengandungi elektrolit yang memberi kesegaran pada tubuh dalam membuat aktiviti ketika berpuasa.
4) Telur
Bersahur dengan telur juga boleh membekalkan protein dan tenaga sepanjang hari. Insyaallah korang akan rasa lebih kenyang kalau ambil telur semasa sahur.
5) Kentang
Sahur dengan kentang jugak boleh buat korang lebih kenyang.
Semoga perkongsian ni dapat beri manfaat buat kitorang yang menulis dan korang yang membaca. Selamat bersahur!!
Adios,
MetanoiaChicas!






No comments:
Post a Comment