Wednesday, June 29, 2016

Watch This Video...

Hi guys and gals, Assalamualaikum :) 

Harini kitorang nak share video daripada Unkle Adams ni haa.. Jom tengok..


Bagi kitorang, video ni sangat bermotivasi dan buat kitorang rasa nak ubah cara hidup kitorang sekarang ni. Taknak buang masa lagi dah, taknak tangguh-tangguh lagi dah..

Haa, rasanya tu jelah kot entry kitorang buat kali ni. Harap2 video ni dapat memotivasikan kita semua.

Adios,
MetanoiaChicas!

Tuesday, June 28, 2016

Oversea?

Hi, Assalamualaikum semua!!! Harini, kitorang nak share gambar keindahan Sabah, Malaysia yang sekali tengok ingatkan dekat oversea...

Jom check it out!











Haaa amacam? Cantik tak? Menarik tak? Tertarik tak? Hahaha ... So, korang yang nak bercuti kat luar negara tu, sebelum pi bercuti kat sana, habiskan bercuti kat dalam negara terchenta kita dulu ni, sebab ape? 

Sebab Malaysia Truly Asia ~~

Adios,
MetanoiaChicas!



Monday, June 27, 2016

#QOTD 4

Haters everywhere and they're gonna hate. But let them be. Keep calm and love yourself #QOTD


Adios,
MetanoiaChicas!

Project Homeless BBM 2016

Assalamualaikum, dalam sedar tak sedar banyak lagi orang yang lagi orang susah berbanding kita. So, perbanyakkan lah bersyukur. Bachelor of Business Management yang telah diketuai oleh Wan Zafirah Wan Azeman (Akak fifie) telah menganjurkan program Homeless di Kuala Lumpur yang telah diadakan pada 1 pagi ahad 25/7/2016, dan 100 bungkus makanan  "nasi goreng cina dan ayam berempah " dan air mineral yang telah diedarkan pada hari tersebut.

Sampai di destinasi :) . Jom edarkan makanan !

Fokus mereka dengar pakcik ini bercerita pengalaman sepanjang berada disini.

"Seberat bahu memikul berat lagi mata memandang"

 :)

Alhamdulilah. Tahniah

Pada bulan keberkatan ini masing-masing berkejar untuk mencari pahala. Dengan rasa sebak seorang pak cik atau seorang bekas tentera telah mencerita kisahnya ketika berada di situ, Kami tertanya tanya mana anaknya. Kami terfikir sejenak "Dua orang ibu bapa boleh menjaga sepuluh anak tapi seorang anak belum tentu boleh menjaga dua orang ibu bapa" Allahu ! Fikir lah. Banyak pengalaman yang boleh saya pelajari. Alhamdulilah for The Feed Homeless Project. Tahniah kepada semua yang berganding tenaga dan berkorban waktu untuk bersama turut serta.

TAHNIAH BBM UNISEL !

Adios,
MetanoiaChicas!

Ulser Mulut... Pembunuh Senyuman :(

Assalamualaikum & Hi pelayar2 internet sekalian! Sihat ke? kalau sihat, alhamdulillah lah :-)

Hari ni sis sakit ;( bukan sakit ape... saki hati sebab tak boleh senyum...Haaa, paseipa tuh? Kalau korang nak tahu, ni lah punca sebab musababnya!

Ulser mulut. Pedih wehhhh! Auchh!

Korang pernah kena ulser mulut tak? CONFIRM pernah kan? As for me, ulser ni memang penyakit harus kena every year. lagi-lagi nak dekat raya ni. Menyampah! Sakit dia takpayah ceritalah, sakit ya amat! Tambah2 lagi bulan puasa macam sekarang ni.

Korang nak tau tak penyabab ulser ni boleh terjadi semudah tergesel dengan gigi sampailah se-serius terkena jangkitan kuman. Banyak faktor yang boleh menyebabkan ulser ni.

Macam mana nak baik?

Haaaa...orang sekarang ramai yang pakai ubat beli kat farmasi, tapi, bagi sis, penawar yang paling berkesan adalah...

GARAM!!!!!

Mungkin ade sesetangah orang yang tak tahan sebab pedih. Bagi sis, memang lah pedih, tu tak dapat dinafikan tapi, sis rasa,sakit tu buat kita jadi lagi kuat.. cehhh #QOTD. Jadi, sebelum nak try garam, tabahkan hari, kuatkan iman xD

Tapi sebenarnya korang takyah risau sangat... ulser ni selalunya taklama paling lama 2 minggu. Lambat laun dia pergi jugak XD

Adios,
MetanoiaChicas!


Sunday, June 26, 2016

#QOTD 3

SEDAR DIRI...

kerana pujian itu kamu jadi riak.. kerana pujian itu kamu taksub dengan kelebihan yang Allah berikan kepada kamu...ingatlah.. PUJIAN itu UJIAN..



#SisIngatkan #QOTD




Adios,
MetanoiaChicas!

Waktu Doa Paling Mustajab Di Bulan Ramadhan


 Assalamualaikum korang! :D

 Entry kalini, kitorang nak share waktu waktu doa paling mustajab di bulan ramadhan, yang disediakan oleh blog imuslimmag.com (Y)


Adios,
MetanoiaChicas!

Saturday, June 25, 2016

#QOTD 2


Padu ayat dia #TazkirahSentap #QOTD


Adios, 
MetanoiaChicas!

Tips Sahur Yang Sihat

Assalamualaikum guys and girls!!!

Kali ni kitorang nak share makanan2 sahur yang sihat lagi berkhasiat!! Seperti yang ramai sedia maklum 47% daripada rakyat Malaysia suka skip sahur. 

Okay, bulan puasa tak baik tipu. Yang tang 47% tu fakta sendiri, tapi yang tang rakyat Malaysia suka skip sahur tu betul! Dengan alasan mengantuk, takde orang orang nak kejut, tak selera, malas nak masak dan yang sama waktu dengannya.

Korang nak tau tak, sahur ni merupakan amalan sunat? So, kalau skip sahur, hilang dah satu amalan sunat kita. Mengantuk sekalipun, minumlah segelas air untuk mengambil keberkatan sahur di bulan Ramadhan yang mulia ni.


Haa... tu cerita kalau malas nak bangun sahur. Kepada yang rajin bangun sahur, tapi tak tahu nak makan apa? Haaa ni kitorang nak share antara makanan2 yang sihat yang boleh korang makan waktu sahur.

1) Kurma
Seelok eloknya, ambiklah dalam bilangan ganjil, 3 atau 5 atau 7.

2) Oatmeal
Insyaallah, dengan izin Allah, oat ni boleh membantu memberikan tenaga sepanjang hari.

3) Buah-buahan
Buah-buahan mengandungi elektrolit yang memberi kesegaran pada tubuh dalam membuat aktiviti ketika berpuasa.

4) Telur
Bersahur dengan telur juga boleh membekalkan protein dan tenaga sepanjang hari. Insyaallah korang akan rasa lebih kenyang kalau ambil telur semasa sahur.

5) Kentang
Sahur dengan kentang jugak boleh buat korang lebih kenyang.

Semoga perkongsian ni dapat beri manfaat buat kitorang yang menulis dan korang yang membaca. Selamat bersahur!!

Adios,
MetanoiaChicas!

Friday, June 24, 2016

Aduh! Korea Lagi...

Annyeong!! sebelum sis masuk tidur ni, sis nak pesan jangan sesekali kita pandang rendah pada seseorang tau! tak semesti kalau rupa paras dan pemakaian boleh melambangkan akhlak sebenar seseorang tu... dengan itu, kita kenalah sentiasa beringat sebab yang kita sangkakan baik tu la sebenarnya duri. Okay, yang dekat bawah ni sekadar hiburan tapi still ada maksud tersirat ahahahah...


Hm.. bagi sis mamat si suara dia handsome 


Yang ni nampak macam out je kan tapi sebenarnya...


Yang ni nampak macam bole nyanyi sebab dress up dia cun tapi betul ke?


Ha! yang ni serious tak leh bla, aduhai!! abang ni hati taman la!

So, kita ni kenalah sentiasa beringat! rambut sama hitam tapi hati lain2. Kadang2 kita rasa benda tu betul tapi tak pun sebenarnya. So, don't try to judge directly before we get the cofirmation. Good night! annyeong!

Adios,
MetanoiaChicas!

我 哎 你 (Wo Ai Ni)


Assalamualaikum, 你 好 (ni hao) !!

Ha okay, kali ni sis saja nak kongsikan dekat hangpa semua pasai sorang penyanyi wanita daripada Malaysia ni yang dimana nama dia ni kalau disebut skang semua orang dok tau tu! ha tau dak sapa dia ni? yang sis tau la kan, bakat dia tu daripada kecik lagi nak2 pak dia pun penyanyi jugak dulu. Sejak dia masuk satu pertandingan nyanyi dekat negara China sana tu dia punya bakat tu dipandang oleh orang sana bukan nak kata kita ni tak dok pandang cuma rezeki dia lebih kat sana. First time dia masuk sana tu terus menang bak hang! Meh sis tunjuk sikit siapakah penyanyi wanita handalan ini jeng...jeng...jeng...jeng...


 Ha, cantik kan kak kita ni? sis rasa bangga sebagai rakyat malaysia sebab kak shila ni dah angkat nama baik negara kita kat luar sana tu. Baru terbeliak mata orang cina kat sana tu dapat tau malaysia ada penyanyi hebat macam kak Shila Amzah. Okay, sis nak tunjuk la jugak video pada mula2 dia bertanding kat sana tu. Moh kita layan huhu ^-^



Korang rasa! hebat ke tidak you alls??


Yang ni waktu kak Shila baru masuk dalam industri depa and lihatlah reaction depa semua bila dengar ja kak kita ni nyanyi...


Yang ni antara the best perfomance kak Shila dekat I Am Singer China sana tu


Ha okay, yang ni favourite sis ^_^

So hangpa rasa cam mana? rasa tergugat dak dengan suara dia? okay tu ja sis nak 

kongsi bye2


Adios,
MetanoiaChicas!

Thursday, June 23, 2016

#QOTD 1


Sekadar perkongsian, #QOTD


Adios,
MetanoiaChicas!

Jom layan KDrama!

Assalamualaikum and annyeong!! Kali ni sis nak share sikit drama and movie korea yang memang boleh buat korang semua naik gila kalau tengok huhu ^_^


Sis bukan apa, sis tahu memang ramai kpopers kat luar sana kan? baik dari segi lagu or drama so, kat bawah ni semua adalah antara drama and movie yang korang memang kena layan and belum tengok belum tau na!

1) DESCENDANTS OF THE SUN

Drama korea Descendants of the Sun menceritakan tentang kisah cinta diantara Kapten Yoo Shi Jin yang merupakan pasukan penjaga perdamaian PBB dan Seorang Doktor bernama Kang Mo Yeon atas permintaan PBB, mereka ditempat dan ditugaskan di tempat yang sama. Bagaimanakah kisah selengkapnya?   


2) OH MY GHOST

Drama ini menceritakan tentang seorang pembantu tukang masak yang pemalu, Na Bong Sun dimana dia selalu diganggu oleh hantu penggoda serta seorang chef terkenal dimana beliau memiliki sifat yang arrogant, Kang Sun Woo.
Na Bong Sun (Park Bo Young) memiliki sifat pemalu dan rendah diri, dia sendiri tidak memiliki teman. Namun rupa-rupanya sejak kecil, Bing Sun mampu melihat makhluk-makhluk ghaib kerana neneknya dulu adalah seorang dukun. Bong Sun sendiri memiliki sebuah rahsia tersembunyi yang dimana dia sangat menyukai Kang Sun Woo (Jo Jung Suk). Hingga pada suatu hari, dia dirasuki oleh hantu penggoda bernama Shin Soon Ae.



3) OH MY VENUS

Kim Young Ho (So Ji Sub) adalah seorang pelatih peribadi untuk bintang hollywood. Meskipun beliau berasal dari latar belakang keluarga yang kaya, beliau mengalami cedera parah semasa beliau masih kecil. Sekarang beliau hanya bersabar. Sementara itu, Kang Joo Eun (Shin Min Ah) adalah seorang peguam berusia 33 tahun . Beliau telah berjuang untuk keluarganya dan dengan itu, beliau mengalami lebihan berat badan dan beliau cuba untuk diet atas bimbingan Kim Young Ho.


4) IT'S OK IT'S LOVE

Menceritakan tentang kehidupan seorang yang bernama Jang Jae-Yeol (Zo In-Sung) dia adalah seorang penulis misteri dan seorang DJ radio... dan Ji Hae-Soo (Kong Hyo-Jin) merupakan doktor dalam ilmu penyakit jiwa (psychiatry) di salah sebuah hospital terkemuka di korea.




1) MIRACLE IN CELL NO.7





2) RUNNING MAN


Cha Jong Woo (Shin Ha Kyun) pernah keluar masuk penjara sebanyak empat kali diatas kes rompakan dan pencurian, namun sekarang Jong Woo bekerja sebagai seorang mekanik kereta. Jong Woo mempunyai seorang anak lelaki berumur 17 tahun bernama Gi Hyuk (Lee Min Ho). Gi Hyuk adalah anak yang cerdas namun suka sangat membuat masalah. Selain itu, Jong Woo dan juga Gi Hyuk tidak pernah sebulu. Meskipun Jong Woo seperti seorang yang tidak bertanggungjawab, Jong Woo tetap mencuba yang terbaik dengan  bekerja sebagai pemandu teksi di malam hari.

Pada suatu malam, ketika Jong Woo menghantar penumpang ke sebuah hotel, tiba2 seorang lelaki masuk ke dalam teksinya. Jong Woo menolaknya akan tetapi ketika lelaki itu memberikan wang dalam jumlah yang banyak Jong Woo sangat sukakannya dan bersedia untuk menghantar kemana lelaki itu hendak pergi. Lelaki itu meminta untuk dihantarkan ke sebuah pos barang. Setelah sampai, Jong Woo melihat lelaki itu tengah mengirimkan sebuah barang elektronik, ketika Jong Woo hendak ke tandas lelaki tersebut meminta Jong Woo untuk di menghantarnya ke apartmen namun sebelumnya Jong Woo sempat bertukar nombor telefon supaya jika beliau memerlukan teksi dia boleh menghubungi Jong Woo.

Ketika sampai di apartmen, Jong Woo sangat terkejut dan ketakutan kerana lelaki tersebut didapati meninggal dunia dan diapun melarikan diri tak lama kemudian, dirinya telah menjadi buruan polis dan disyaki sebagai pembunuh lelaki tersebut, sementara itu Gi Hyuk terkejut dan bingung kerana ayahnya menjadi buruan akan tetapi setelah dia menyedari ternyata Jong Woo sangat menyayanginya. Gi Hyuk mencuba untuk membantu mengungkap kes tersebut yang ternyata melibatkan NIS National Intelligence Service Korea Selatan dan pembunuh handal.

So, ada empat jenis drama dan dua jenis movie korea yang you guys WAJIB tengok okay! jangan risau cerita yang sis kongsikan ni sangat best dan tersirat dengan pengajaran ye...
So guys!

Selamat menonton!

Adios,
MetanoiaChicas!

Wednesday, June 22, 2016

Jom Jadi Usahawan Fotografi!

Haaa excited tak tengok title? 

Entry kali ni, kitorang nak bagitau tentang program yang dianjurkan oleh Saiful Nang ni yang mengajar cara-cara untuk menjadi usahawan dengan menggunakan kemahiran fotografi.


ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA MENJADI USAHAWAN FOTOGRAFI!!!
.
Professional Photographer Apprentice Certificate (PPAC)
.

Pengambilan bagi sessi PPAC OGOS 2016 kini dibuka secara rasmi mulai hari ini. 

.

=========================

APA YANG AKAN ANDA BELAJAR
=========================
.
1. Pemilihan Bidang Fotografi
2. Latihan Praktikal Fotografi
3. Pembangunan Portfolio
4. Strategi Perniagaan
5. Strategi Pemasaran
6. Teknik Penjenamaan
7. Teknik Copywriting
8. Photoshop / Lightroom
9. Public Relation (PR)

Dan banyak lagi akan dikongsikan mengikut kehendak pasaran.
.
=======================
TAK SABAR NAK BELAJAR?
=======================
.
Sila Hubungi :
Saiful Nang Academy
Bangi Sentral
Bandar Baru Bangi
Selangor
Tel : +603 875 08097
Whatsapp : +6010 222 9089
.
=======================
PPAC PHOTOGRAPHY BATCH 3
=======================
.
TARIKH MULA : 22 OGOS 2016
TARIKH TAMAT : 9 DISEMBER 2016
LOKASI : BANGI SENTRAL
.
=======================
TEMPAT ADALAH TERHAD
=======================


Korang berminat? Jadi ape tunggu lagi? Jomlah laju laju contact diorang!

Adios,
Metanoia Chicas!

Nuzul Al-Quran "Cintai Al-Quran"


Sejarah Nuzul Al-Quran ialah Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat. Nuzul al-Quran merakam sejarah kehidupan nabi SWT. Selain itu, peristiwa penurunan al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibrail. "ALLAHU" Kita perlulah mengingati tarikh bersejarah ini yang berlaku pada malam jumaat pada 17 Ramdhan pada 41 tahun keputeraan Nabi kita. Sesetenggah ulamak memilih untuk menyambut nuzul al-Quran pada 24 ramadhan.

Surah yang pertama yang diturunkan kepada Nabi SWT adalah 5 suruh pertama Al-'Alaq.


Dengan hari nuzul al-Quran perbanyakkanlah kita berselawat. "HASBI RABBI JALALLAH MAAFI QALBI GHAIRULLAH NUR MUHAMMAD SALALLAH LAILAHAILLALLAH"

Allahuakbar ! Bukti kebesaran Allah :), 
Sempurna bulan puasa yang penuh dengan kesyukuran ini, sama-sama kita tambahkan pahala dan dekat kan diri kepada Allah !

Adios,
Metanoia Chicas!