Thursday, June 23, 2016

Jom layan KDrama!

Assalamualaikum and annyeong!! Kali ni sis nak share sikit drama and movie korea yang memang boleh buat korang semua naik gila kalau tengok huhu ^_^


Sis bukan apa, sis tahu memang ramai kpopers kat luar sana kan? baik dari segi lagu or drama so, kat bawah ni semua adalah antara drama and movie yang korang memang kena layan and belum tengok belum tau na!

1) DESCENDANTS OF THE SUN

Drama korea Descendants of the Sun menceritakan tentang kisah cinta diantara Kapten Yoo Shi Jin yang merupakan pasukan penjaga perdamaian PBB dan Seorang Doktor bernama Kang Mo Yeon atas permintaan PBB, mereka ditempat dan ditugaskan di tempat yang sama. Bagaimanakah kisah selengkapnya?   


2) OH MY GHOST

Drama ini menceritakan tentang seorang pembantu tukang masak yang pemalu, Na Bong Sun dimana dia selalu diganggu oleh hantu penggoda serta seorang chef terkenal dimana beliau memiliki sifat yang arrogant, Kang Sun Woo.
Na Bong Sun (Park Bo Young) memiliki sifat pemalu dan rendah diri, dia sendiri tidak memiliki teman. Namun rupa-rupanya sejak kecil, Bing Sun mampu melihat makhluk-makhluk ghaib kerana neneknya dulu adalah seorang dukun. Bong Sun sendiri memiliki sebuah rahsia tersembunyi yang dimana dia sangat menyukai Kang Sun Woo (Jo Jung Suk). Hingga pada suatu hari, dia dirasuki oleh hantu penggoda bernama Shin Soon Ae.



3) OH MY VENUS

Kim Young Ho (So Ji Sub) adalah seorang pelatih peribadi untuk bintang hollywood. Meskipun beliau berasal dari latar belakang keluarga yang kaya, beliau mengalami cedera parah semasa beliau masih kecil. Sekarang beliau hanya bersabar. Sementara itu, Kang Joo Eun (Shin Min Ah) adalah seorang peguam berusia 33 tahun . Beliau telah berjuang untuk keluarganya dan dengan itu, beliau mengalami lebihan berat badan dan beliau cuba untuk diet atas bimbingan Kim Young Ho.


4) IT'S OK IT'S LOVE

Menceritakan tentang kehidupan seorang yang bernama Jang Jae-Yeol (Zo In-Sung) dia adalah seorang penulis misteri dan seorang DJ radio... dan Ji Hae-Soo (Kong Hyo-Jin) merupakan doktor dalam ilmu penyakit jiwa (psychiatry) di salah sebuah hospital terkemuka di korea.




1) MIRACLE IN CELL NO.7





2) RUNNING MAN


Cha Jong Woo (Shin Ha Kyun) pernah keluar masuk penjara sebanyak empat kali diatas kes rompakan dan pencurian, namun sekarang Jong Woo bekerja sebagai seorang mekanik kereta. Jong Woo mempunyai seorang anak lelaki berumur 17 tahun bernama Gi Hyuk (Lee Min Ho). Gi Hyuk adalah anak yang cerdas namun suka sangat membuat masalah. Selain itu, Jong Woo dan juga Gi Hyuk tidak pernah sebulu. Meskipun Jong Woo seperti seorang yang tidak bertanggungjawab, Jong Woo tetap mencuba yang terbaik dengan  bekerja sebagai pemandu teksi di malam hari.

Pada suatu malam, ketika Jong Woo menghantar penumpang ke sebuah hotel, tiba2 seorang lelaki masuk ke dalam teksinya. Jong Woo menolaknya akan tetapi ketika lelaki itu memberikan wang dalam jumlah yang banyak Jong Woo sangat sukakannya dan bersedia untuk menghantar kemana lelaki itu hendak pergi. Lelaki itu meminta untuk dihantarkan ke sebuah pos barang. Setelah sampai, Jong Woo melihat lelaki itu tengah mengirimkan sebuah barang elektronik, ketika Jong Woo hendak ke tandas lelaki tersebut meminta Jong Woo untuk di menghantarnya ke apartmen namun sebelumnya Jong Woo sempat bertukar nombor telefon supaya jika beliau memerlukan teksi dia boleh menghubungi Jong Woo.

Ketika sampai di apartmen, Jong Woo sangat terkejut dan ketakutan kerana lelaki tersebut didapati meninggal dunia dan diapun melarikan diri tak lama kemudian, dirinya telah menjadi buruan polis dan disyaki sebagai pembunuh lelaki tersebut, sementara itu Gi Hyuk terkejut dan bingung kerana ayahnya menjadi buruan akan tetapi setelah dia menyedari ternyata Jong Woo sangat menyayanginya. Gi Hyuk mencuba untuk membantu mengungkap kes tersebut yang ternyata melibatkan NIS National Intelligence Service Korea Selatan dan pembunuh handal.

So, ada empat jenis drama dan dua jenis movie korea yang you guys WAJIB tengok okay! jangan risau cerita yang sis kongsikan ni sangat best dan tersirat dengan pengajaran ye...
So guys!

Selamat menonton!

Adios,
MetanoiaChicas!

No comments:

Post a Comment