Tuesday, July 19, 2016

American Kids React To Durian?!

Assalamualaikum! Hi pelayar2 internet sekalian!! Ape khabar? Baik? Ok Cun! Harini, sis nak share video kanak2 Amerika cuba makan buah yang boleh dikatakan simbol kepada negara kita; Malaysia yang terchenta ni! Haaa nak tahu reaksi diorang ni macam mana? Jom tengok; kelakar habis xD


Adios,
MetanoiaChicas!

Monday, July 18, 2016

Ola Bola; Futsal!

Assalamualikum ! Perempuan dilahirkan lemah lembut, ayu. Hmm tapi tak salah kann kalau perempuan minat main futsal ? Haaaaaa ni nak cerita sikit, jangan tengok kami ni perempuan kami tak reti main futsal. Lawan dengan lelaki lagi tauuu ! Biar pun kami tak sekuat lelaki. kami try juga main sampai berpeluh-peluh. Power juga lah rasa. hihi perasan jap. hoho.


Haa. Tuuu diaaaa nampak tak gadis ayu memakai baju pink *syuhada gan perempuan comel berbaju hitam *fika


Haa ni diaaa muka muka lepas penat bermain futsal. #jangancakaphakaktakpayung


Lepas penat bermain futsal kami pergilah cari mamak makan roti canai untuk mengisi perut.

Alhamdulilah. Haaa kan bagus bersukan untuk kesihatan ! Bukan ingat nakk kurus je :p. Haa jangan pandang rendah kat perempuan tauuuu :P, Belum cuba blum tahu. Haaa itu sahaja dari kami sis Metanoia. 


Adios,
MetanoiaChicas!


Tips Penjagaan Kulit

Holla !! so how was your day? Harini sis nak kongsikan tip-tip penjagaan wajah. Well siapa yang stay  dekat Malaysia ni tau lah kan macam mana sejuknya cuaca kat sini haaa.. kan sejuk sangat sampai minyak kat muka ni dah bole buat untuk isi minyak petrol. Ha punya lah luas lubang pori kat muka ni kan sampai tak terkata dah. So apa kata kita try cara-cara kat bawah ni dulu  mmg confirm berkesan untuk memperbaiki masalah pori yang sering di alami oleh wanita-wanita Malaysia.




1) TOMATO



Tomato kaya dengan vitamin c yang berfungsi untuk menyegarkan kulit anda. Tomato boleh mengecilkan pori-pori pada wajah anda. Caranya mudah saja, anda boleh menunbuk tomato sampai hancur, selepas itu oleskan pada wajah anda lalu biarkan sehingga kering. Setelah kering, bilas menggunakan air sejuk hingga bersih. Air sejuk boleh menambahkan kesegaran pada wajah anda.



                                                     2) LEMON

  

Lemon mengandung vitamin C yang tinggi. Vitamin inil mampu menyegarkan wajah. Jika wajah sudah segar, pasti pori-pori bisa mengecil dengan sendirinya. Anda hanya perlu memotong lemon menjadi dua bahagian. Setelah itu perah lemon ke dalam gelas. Oleskan perahan lemon ini setiap malam sebelum tidur. Atau anda boleh memotong lemon nipis-nipis lalu tempelkan hirisan lemon tadi ke wajah anda yang memiliki pori-pori besar. Selain mengecilkan pori, lemon juga boleh mencerahkan kulit anda.




3) MADU





Madu tidak hanya dikenali untuk menghaluskan kulit. Madu juga boleh digunakan untuk mengecilkan pori wajah. Anda boleh meletakkan madu pada wajah anda. Setelah itu biarkan ia kering. Setelah kering anda boleh basuh dengan air bersih. Anda juga boleh menambahkan perahan jeruk lemon. Perahan jeruk lemon ini boleh memaksimamkan kerja masker madu untuk mengecilkan pori-pori. Selain itu lemon juga boleh memberikan aroma segar yang membuat anda bertambah rileks semasa menggunakannya.




4) TIMUN


Timun sudah terkenal untuk masker kecantikan. Khasiat timun ini bermacam-macam. Seperti melembabkan kulit, menghaluskan wajah, dan mengecilkan jerawat. Timun juga boleh mengecilkan pori-pori wajah. Cara menbuat masker timun untuk mengecilkan pori-pori wajah sedikit berbeza. Haluskan timun menggunakan blender sehingga timun menjadi sangat halus seperti bubur. Tambahkan sedikit tepung maizena. Setelah rata, oleskan pada wajah. Biarkan hingga kering lalu bilas menggunakan air hingga bersih.

Adios,
MetanoiaChicas!



Sekinchan Raya :))

Assalamualaikum semua! lamanya sis tak update blog kan... ala maklum la sis sibuk dengan assignment dengan rumah terbuka sana sini kan. Sabtu lepas, sis dengan housemate pergi beraya dekat sekinchan ualls! ya Allah... view kat sana tersangat lah cantik la katakan & kitorang pun felling2 Dilwale sikit la bila bergambar tu ahahahah^-^



No caption for this picture...


Sebelum gerak ke sekinchan moh ler kita bergambar :))


Singgah kampung shara jap tuk berhenti solat.


Hye awok semua! kitorang dekat sekinchan wuhu!!


OMG! such a nice view ^^


Acah2 model je semua ni ahahahah ^-^


So dengan ini, sis akhiri dengan video diatas :))

Adios,
MetanoiaChicas!

Sunday, July 17, 2016

Kids React To Donald Trump?!

Assalamualaikum semua! Entry kalini, kitorang nak share video kanak2 Amerika punya pendapat tentang Donald Trump. Rasanya semua orang tahu pasal Donald Trump kot. Kalau tak tahu, hang pi google!

Orang kata; kanak2 ni dia jujur bila bagi pendapat, so inilah pendapat diorang tentang Trump. Jom Tengok! Kelakar sangat sangat! Sis tengok pun terbahak bahak di buat nya! xD


Adios, 
MetanoiaChicas!

Saturday, July 16, 2016

#QOTD 6

Setiap apa yang terjadi tu psti ade hikmahnya :) #QOTD

Adios,
MetanoiaChicas!

Wednesday, July 13, 2016

Communication Skills' Theatre

Assalamualaikum semua! Haaa belum lagi habis raya, kitorang kena pulak buat teater untuk subject Communication Skills. 

Ada yang lupa dialog, tersadung karpet dan macam2 lah. Ye lah, mana taknya.. kitorang just di beri masa sebulan je nak rehearsal. Tolak itu ini, cuti raya semua, seminggu je rehearsal.

Tapi, alhamdulillah, kitorang bersyukur sangat sebab semuanya berjalan dengan lancar. 

Babak meninggal drpd group 1... sedih wehh :((

Aikkk ambik gambar family pulak group 2 ni ...



Ohooohoiii, kalau dah mata bertentang mataaaaa... antara babak group 3.






Akhir sekali, gambar kitorang semua daripada group 1,2 & 3 yang menjayakan hari persembahan teater ini ^^

Adios,
MetanoiaChicas!

Tuesday, July 12, 2016

Selamat Hari Raya :) - Safiqa Zulkefle

Assalamualaikum dan hai kepada pangunjung-pengunjung blog kami ,wwaahh ,mesti seronok sambutan hari raya korang semua kan ,sebelum terlambat sis nak ucap kan selamat hari raya kepada semua umat islam , alhamdulillah ..disini sis nak share la sikit gambar sis beraya memandang ramai yang dah share kan :-
                                            wahh ,sajian wajib yang mesti ada dihari raya ,


                                            sempat pula ayam ni mengeram ye ,hahaha

herm ini la gambar keluarga sis ,ayah sis tak ada sebab kerja :'( ,adik sis yang sorang lagi awal2 da hilang ,dan yang dua orang duduk dikerusi tulah atuk dan nenek sis belah mak,

keluarga belah emak ,ini baru sikit,sebab ramai yang balik belah  keluarga suami isteri masing2,
ini belah ayah ,herm ini pun tak ramai atas sebab yang sama ,sudah adat begitu mesti bergilir bila tiba hari raya ;D



  amalan tradisi ,baraan 


okay,itu sajalah gambar hari raya sis yang boleh sis kongsikan dengan korang semua ,jangan bersedih  dan berduka ,marilah kita sama-sama meraikannya disamping mengeratkan hubungan silaturrahim .

sekian dari saya ;
Nurul Safiqa Binti Zulkefle (3154001811)

Adios,
MetanoiaChicas!

Monday, July 11, 2016

Selamat Hari Raya!!! Muah Ciked :* - Khairin Shariffuddin

Nur Khairin Binti Shariffuddin - 3154002341

Hola guys! Assalamualaikum! First things first, sistaa nak cakap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!! Dengan ini, sistaa nak minta maaf jika ada tersalah silap, terkasar bicara dll. Sistaa juga nak minta maaf on behalf Metanoia Chicas! Kalau2 post kitorang ada membuat pelayar2 internet sekalian terkecik hati ke, kosong-kosng ye?



Entry kali ni, sistaa nak tunjuk kat korang suasana beraya dekat... Sungai Besar!!!

Haaa! dengan ini, sis sertakan sekali gambar2 yang sempat diambil pada hari raya pertama dekat sini..

separuh daripada my big family sebelah ayah 

Selfie kitorang adik beradik pulak!

Raya tahun ni bertambah lagi seorang!!

Bermaaf - maafan dulu...

Aikkk.. Nangis pulak cousin kita sorang ni.. sedih ke kak ^^

whooops!ketupat rendang tak dilupakan, kuah lodeh dengan kuah kacang pun adoo...

Orang datang beraya!!! $_$

Cantik je padi (Abaikan budak kecik yang photobomb tu ;)

Dah puas beraya, dapat duit raya. Alhamdulillah, lagi banyak daripada adik2 yang lain $_$ (Terima kasih pakcik n makcik yang memahami, kami student universiti lagi memerlukan duit raya daripada bebudak kecik ;')

Dengan itu, tamatlah entry kali ni!



Nah! Sis sertakan sekali dengan lagu raya yang tengah meletup letup kebaboom sekarang ni..

Adios,
MetanoiaChicas!

Sunday, July 10, 2016

#INIKANRAYA ? - Syuhada Yusof

HAAA , assalamualikum . Setelah sebulan berpuasa haaa masuknya tarikh 6-7-2016 kita menyambut hari raya ! Seronokkan raya :). Haaa ni saya sis Nur Syuhada nak share sikit kemeriahan Hari Raya di Kampung saya Sekinchan tali air 8 Selangor. Haaaa tahu tak ? tahu tak ? hihi, Siapa tak kenal tempat yang banyak sawah padi tuu. Cehhh ! #TeamrayaSekinchan

Family Yusof ! Tema tahun ni warna purple peach gituw ! 
Nampak kan gembiranya :) ala-ala boreakan. Tahun ni kita raya kat kampung !
#Balikraya

Ramai kan ? Jamuan raya katakoooo ! #Makanmakan !

Haaa time ni lah nak melantak ketupat, rendang, kuah kacang :P
#makanketupat

Haaa ni lah sedara-mara saya :) #Set2utarabalikkerantauan


Tak lupa juga pada yang ini. Riuh rendah lah Orang utara ni bila suara.

Haaa sis pun tak lepaskan peluang main bunga api laa malam malam raya ! Bukan budak2. Tapi memg fav lah hihi :D #mainbungaapi 

Haaa siapa caakp aku dah 20 tak boleh dapat duit raya. tapi sedih juga lah dapat sikit je :(. #syukurselalu #Duitraya

Time time raya ni tak lepaskan peluang nak minum air kelapa original kawkaw.

Haaa tengok ? Gembira je kami menyambut hari raya . Tapi, dalam gembira gembira terselit satu kesedihan apabila nenek lumpuh sadan di Hospital Sungai Buluh Dan berpindah ke Hospital Tanjung Karang pada 30-6 hingga 5 hari bulan dan dimasukkan kembali dihospital raya 2 kerana keadaan makin teruk. Dan Tidak sedarkan diri selama 2 hari.
Dalam senyuman terselit kesedihan. Sebaknya jika bila pagi raya terasa kesayuan dan kesedihan, Mudahan nenek saya cepat sembuh,


Hanya berharap :')#Rayahospital

Haaa bersempena hari raya ni ! SayaNur Syuhada ucapkn Selamat
Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Maaf kalau sis ni asyk buat salah je. Biasalah manusiakn. Apa apa pun dalam kehidupan kita perlulah belajar dan sentiasa bersyukur ! #Syukurselalu #Salamkosongkosong 

Adios,
MetanoiaChicas!