Tuesday, July 19, 2016

American Kids React To Durian?!

Assalamualaikum! Hi pelayar2 internet sekalian!! Ape khabar? Baik? Ok Cun! Harini, sis nak share video kanak2 Amerika cuba makan buah yang boleh dikatakan simbol kepada negara kita; Malaysia yang terchenta ni! Haaa nak tahu reaksi diorang ni macam mana? Jom tengok; kelakar habis xD


Adios,
MetanoiaChicas!

Monday, July 18, 2016

Ola Bola; Futsal!

Assalamualikum ! Perempuan dilahirkan lemah lembut, ayu. Hmm tapi tak salah kann kalau perempuan minat main futsal ? Haaaaaa ni nak cerita sikit, jangan tengok kami ni perempuan kami tak reti main futsal. Lawan dengan lelaki lagi tauuu ! Biar pun kami tak sekuat lelaki. kami try juga main sampai berpeluh-peluh. Power juga lah rasa. hihi perasan jap. hoho.


Haa. Tuuu diaaaa nampak tak gadis ayu memakai baju pink *syuhada gan perempuan comel berbaju hitam *fika


Haa ni diaaa muka muka lepas penat bermain futsal. #jangancakaphakaktakpayung


Lepas penat bermain futsal kami pergilah cari mamak makan roti canai untuk mengisi perut.

Alhamdulilah. Haaa kan bagus bersukan untuk kesihatan ! Bukan ingat nakk kurus je :p. Haa jangan pandang rendah kat perempuan tauuuu :P, Belum cuba blum tahu. Haaa itu sahaja dari kami sis Metanoia. 


Adios,
MetanoiaChicas!


Tips Penjagaan Kulit

Holla !! so how was your day? Harini sis nak kongsikan tip-tip penjagaan wajah. Well siapa yang stay  dekat Malaysia ni tau lah kan macam mana sejuknya cuaca kat sini haaa.. kan sejuk sangat sampai minyak kat muka ni dah bole buat untuk isi minyak petrol. Ha punya lah luas lubang pori kat muka ni kan sampai tak terkata dah. So apa kata kita try cara-cara kat bawah ni dulu  mmg confirm berkesan untuk memperbaiki masalah pori yang sering di alami oleh wanita-wanita Malaysia.




1) TOMATO



Tomato kaya dengan vitamin c yang berfungsi untuk menyegarkan kulit anda. Tomato boleh mengecilkan pori-pori pada wajah anda. Caranya mudah saja, anda boleh menunbuk tomato sampai hancur, selepas itu oleskan pada wajah anda lalu biarkan sehingga kering. Setelah kering, bilas menggunakan air sejuk hingga bersih. Air sejuk boleh menambahkan kesegaran pada wajah anda.



                                                     2) LEMON

  

Lemon mengandung vitamin C yang tinggi. Vitamin inil mampu menyegarkan wajah. Jika wajah sudah segar, pasti pori-pori bisa mengecil dengan sendirinya. Anda hanya perlu memotong lemon menjadi dua bahagian. Setelah itu perah lemon ke dalam gelas. Oleskan perahan lemon ini setiap malam sebelum tidur. Atau anda boleh memotong lemon nipis-nipis lalu tempelkan hirisan lemon tadi ke wajah anda yang memiliki pori-pori besar. Selain mengecilkan pori, lemon juga boleh mencerahkan kulit anda.




3) MADU





Madu tidak hanya dikenali untuk menghaluskan kulit. Madu juga boleh digunakan untuk mengecilkan pori wajah. Anda boleh meletakkan madu pada wajah anda. Setelah itu biarkan ia kering. Setelah kering anda boleh basuh dengan air bersih. Anda juga boleh menambahkan perahan jeruk lemon. Perahan jeruk lemon ini boleh memaksimamkan kerja masker madu untuk mengecilkan pori-pori. Selain itu lemon juga boleh memberikan aroma segar yang membuat anda bertambah rileks semasa menggunakannya.




4) TIMUN


Timun sudah terkenal untuk masker kecantikan. Khasiat timun ini bermacam-macam. Seperti melembabkan kulit, menghaluskan wajah, dan mengecilkan jerawat. Timun juga boleh mengecilkan pori-pori wajah. Cara menbuat masker timun untuk mengecilkan pori-pori wajah sedikit berbeza. Haluskan timun menggunakan blender sehingga timun menjadi sangat halus seperti bubur. Tambahkan sedikit tepung maizena. Setelah rata, oleskan pada wajah. Biarkan hingga kering lalu bilas menggunakan air hingga bersih.

Adios,
MetanoiaChicas!



Sekinchan Raya :))

Assalamualaikum semua! lamanya sis tak update blog kan... ala maklum la sis sibuk dengan assignment dengan rumah terbuka sana sini kan. Sabtu lepas, sis dengan housemate pergi beraya dekat sekinchan ualls! ya Allah... view kat sana tersangat lah cantik la katakan & kitorang pun felling2 Dilwale sikit la bila bergambar tu ahahahah^-^



No caption for this picture...


Sebelum gerak ke sekinchan moh ler kita bergambar :))


Singgah kampung shara jap tuk berhenti solat.


Hye awok semua! kitorang dekat sekinchan wuhu!!


OMG! such a nice view ^^


Acah2 model je semua ni ahahahah ^-^


So dengan ini, sis akhiri dengan video diatas :))

Adios,
MetanoiaChicas!

Sunday, July 17, 2016

Kids React To Donald Trump?!

Assalamualaikum semua! Entry kalini, kitorang nak share video kanak2 Amerika punya pendapat tentang Donald Trump. Rasanya semua orang tahu pasal Donald Trump kot. Kalau tak tahu, hang pi google!

Orang kata; kanak2 ni dia jujur bila bagi pendapat, so inilah pendapat diorang tentang Trump. Jom Tengok! Kelakar sangat sangat! Sis tengok pun terbahak bahak di buat nya! xD


Adios, 
MetanoiaChicas!